Isnin, 17 November 2008

SELAMAT DATANG

PERSATUAN PENGAJIAN MELAYU ANTARABANGSA (PPMA)

Pada tanggal 13 Disember 2007 bersempena berlangsungnya seminar SEBAHTERA di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya telah diadakan suatu mesyuarat bertujuan untuk menubuhkan PPMA. Inisiatif tersebut diambil oleh beberapa orang cendekiawan yang bertujuan untuk menghimpunkan sesiapa sahaja yang pernah mempelajari disiplin ilmu atau bidang pengajian Melayu serta mereka yang pernah menjadi staf akademik atau karyawan tamu atau pensyarah pelawat atau fellow di mana-mana tempat Pengajian Melayu sama ada di institusi pengajian tinggi di Malaysia atau luar negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Malaysia.

Alhamdulillah usaha tersebut telah menjadi kenyataan apabila proses pendaftarannya dilakukan pada 22 September 2008. Dalam mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh 18 orang itu akhirnya bersetuju untuk menjadi AJK penaja dengan potfolio masing-masing sebagaimana tersenarai:

PRESIDEN : PROF. DATUK DR. ZAINAL KLING

TIMBALAN
PRESIDEN (1): PROF. MADYA DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN

TIMBALAN
PRESIDEN (2): PROF. MADYA DR. RAHIM BIN AMAN

SETIAUSAHA : DR. MUHAMMAD SAIFUL HAQ B. HUSSIN

PENOLONG SETIAUSAHA : PROF. MADYA AJID CHE KOB

BENDAHARI : EN. ZAMREE BIN ABU HASSAN

AJK : PROF. DATO’ DR. MD. SALLEH YAAPAR

AJK : PROF. DATO’ DR. YAACOB BIN HARUN

AJK : PROF. DATO’ DR. ABU HASSAN SHAM

AJK : PROF. DATIN DR. RAHMAH BT. HJ. BUJANG

AJK : PROF. MOHAMAD MOKHTAR BIN ABU HASSAN

AJK : PROF. WAN ABDUL KADIR B. WAN YUSOFF

AJK : PROF. MADYA DR. HASHIM BIN ISMAIL

AJK : DR. TENGKU INTAN MARLINA BT. TENGKU MOHD ALI

AJK : DR. IBRAHIM B. HAJI AHMAD

AJK : EN. MOHD. FAIZAL B. MD NOR

AJK : EN. MOHD HASBI B. HARON

AJK : EN. MOHD. HANIF B. MAT NOR

Usaha-usaha untuk menjejak, mengumpul dan meramaikan ahli akan dijalankan Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli tunggulah berita yang akan menyusul.